Friday, July 24, 2009

BERITA BAIK!!!

Atas permintaan ramai SYARAT MINIMUM BERAT 3.0KG untuk HADIAH UTAMA dimansuhkan. Justeru sesiapa saja berhak memenangi Hadiah Utama RM15,000.00 tersebut dengan syarat siapa dapat yang PALING BERAT!

Tuesday, July 7, 2009

Gambar-gambar sekitar Majlis Pelancaran(Soft Launching) & Sidang Media THFC 1st Serie-Dewan Seminar Night Safari Zoo Taiping

Ucapan Perasmian oleh Pengurus Besar Tourism Perak, Puan Amy Norani Binti Samat


Antara tetamu dan rakan media yang hadir



Kemuncak Perasmian oleh Pengurus Besar Tourism Perak bersama YDP Majlis Perbandaran Taiping(MPT) Tuan Omar Bin Saad diiringi oleh Pengarah THFC 1st Serie Saudara Ahmad Zamhurry

Sidang Media THFC 1st serie


Teraju Utama THFC 1st Serie bersama Pengurus Besar Tourism Perak, YDP Majlis Perbandaran Taiping serta wakil Tourism Malaysia.


Alhamdulillah selamat sudah Majlis Perlancaran & Sidang Media TAIPING HERITAGE FISHING COMPETITION 1st SERIE-Cabaran Taman Tasik Taiping. Kami bagi pihak team THFC 1st Serie mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Tourism Perak, Majlis Perbandaran Taiping, Tourism Malaysia dan agensi2 kerajaan yang hadir serta komitmen dan sokongan rakan2 media(Berita Harian, Metro, Utusan Malaysia, Sin Chew Daily, Sinar Harian(Edisi Perak), NST, KOSMO). Tidak lupa kepada team KEMBARA KAIL(Majalah Rasmi) dan PeMM (Rakan Sokongan)yang menjadi sedikit kalut akibat pindaan masa pelancaran di saat akhir...insyaallah kita akan ketemu juga sedikit masa lagi. Terima kasih juga kepada komitmen Mr. Dennis dari TCE Tackles(rakan penaja). Sokongan anda kejayaan bersama....moh ke tepeng yeop!!

Monday, July 6, 2009

Soft Launching Taiping Heritage Fishing Competition 1st Serie

Tarikh : 7 Julai 2009(Selasa)
Tempat : Dewan Seminar, Night Safari Zoo Taiping
Masa : 11.00 pagi